Sunday, August 5, 2012

Masalah Bekalan Eletrik Di Mesir - Dr Mursi Mohon Maaf



     Presiden Mesir Mohammed Mursi memohon maaf kerana masalah gangguan bekalan elektrik yang baru-baru ini telah melanda negara ini dan memberitahu bahawa beliau juga mengalami masalah yang sama di rumah beliau sendiri.

    ‎"Saya memohon maaf kerana masalah bekalan elektrik terputus. Saya juga mempunyai masalah yang sama di rumah dan saya berjanji ia akan selesaikannya secepat mungkin," Mursi berkata dalam satu persidangan di istana negara di Mesir.

     Mursi menambah bahawa beliau akan bekerja siang dan malam sehingga masalah itu dapat diselesaikan manakala Menteri bidang Elektrik yang baru, Mahmoud Balbaa berjanji bahawa minggu akan datang akan menyaksikan kemajuan yang luar biasa.

     Balbaa menjelaskan bahawa jumlah penggunaan elektrik di Mesir setakat ini telah mencapai 2000 megawatt dan menyeru orang-orang Mesir agar mengurangkan penggunaan.

     Beberapa daerah utama di Kaherah akhir-akhir ini telah mengalami ketiadaan bekalan elektrik yang mengambil masa beberapa jam dalam masa sehari.
Jauh di selatan  negeri Assuit, Sohag, al-Wadi al-Gadid, Minya, Fayoum, dan Beni Suef, bekalan elektrik terputus selama sehari suntuk.

     Masalah tersebut mendorong rakyat Mesir untuk melakukan siri bantahan yang menyekat landasan kereta api dan lebuh raya.

sumber asal : alarabiya.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook