Sunday, August 5, 2012

Pengawal Revolusi Iran diculik kumpulan pembangkang Syria

      Pemberontak Syria mendakwa bahawa 48 orang Iran yang diculik pada hari Sabtu lalu ialah anggota Pengawal Revolusi Elit Iran  dan bukanlah jemaah haji sepertimana yang didakwa oleh Iran, berdasarkan rakaman yang disiarkan secara eksklusif oleh Al Arabiya TV.

      Pihak pemberontak menawan 48 orang Shabiha (militia) Iran yang  dalam misi peninjauan di Damsyik," kata seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang pegawai Tentera Pembebasan Syria dalam video yang disiarkan oleh Al Arabiya.

      "Semasa penyiasatan, kami mendapati bahawa sebahagian daripada mereka adalah pegawai-pegawai Pengawal Revolusi," katanya,sambil menunjukkan dokumen ID yang diambil daripada salah seorang lelaki, yang muncul dari belakang yang berlatarbelakangkan bendera kemerdekaan  Syria yang dipegang oleh dua lelaki bersenjata.

       Abdel Nasser Shmeir,yang dikenali sebagai komander al-Baraa Briged ditemubual oleh Al Arabiya juga memberikan maklumat yang serupa.

       Iran telah merayu kepada Turki dan Qatar, yang mana kedua-duanya mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan pembangkang Syria, meminta bantuan demi membebaskan tebusan yang merupakan jemaah haji yang  melawat Sayyida Zeinab, laman ziarah Syiah di pinggir bandar tenggara Damsyik.

Shmeir berkata orang-orangnya masih belum mendapat tahu tentang sebarang identiti tentang tebusan.

sumber asal: alarabiya.net

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook