Thursday, August 30, 2012

Organisasi Islam Tuntut Tunisia Halalkan poligami



Seorang Ketua dari sebuah organisasi Islam di Tunisia menyatakan tuntutan menghalalkan poligami kepada kerajaan Tunisia sebagai sebahagian daripada inisiatif pasca-revolusi untuk membatalkan semua undang-undang yang bercanggah dengan prinsip Islam.

Adel Elmi, ketua bagi sebuah Persatuan di Tunisia berkata dalam satu kenyataan di dalam radio pada hari Rabu lalu, bahawa undang-undang perkahwinan patut diubah suai.

Poligami dibenarkan dalam Islam dan perlu di sisi undang-undang jika ia disifatkan demi kepentingan masyarakat, Elmi mencadangkan undang-undang perkahwinan Tunisia dirujuk kepada mahkamah untuk pengubahsuaian, di bawah syarat-syarat tertentu.

"Sebagai contoh, isteri pertama mempunyai hak untuk meluluskan poligami sebelum suaminya dibenarkan untuk berkahwin lagi," katanya.

Tunisia mempunyai beberapa undang-undang hak-hak wanita terkuat di Timur Tengah. Kanun Status Peribadi yang diluluskan pada tahun 1956 oleh Presiden Tunisia yang lalu, Habib Bourguiba melarang poligami, beliau membenarkan hanya wanita 17 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk berkahwin, wanita dipermudahkan untuk mendapatkan perceraian di mahkamah, dan mengharamkan perkahwinan paksa bago gadis-gadis muda.


Kini, Parti Islam al-Nahda Parti Islam berkuasa setelah menang pada pilihan raya Oktober tahun lepas, organisasi hak wanita Tunisia menyatakan kerisauan tentang kemungkinan kehilangan beberapa hak-hak mereka.

Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook