Friday, August 31, 2012

Israel Mahu Membuka Kedutaan Di Libya





Media Israel di Tel Aviv mendakwa telah melakukan perbincangan dengan Dewan Peralihan Libya untuk membina hubungan dengan negara Islam tersebut dan membuka kedutaan Israel di Tripoli.

Harian Israel Haaretz mengatakan, "bahawa pembukaan Kedutaan Besar Israel di Libya akan bekerjasama dengan Qatar", di mana Tel Aviv percaya untuk menjadi sekutu serta akan memudahkan pembukaan kedutaan Israel di beberapa negara Arab.

Haaretz menyatakan bahawa wakil Israel  yang bakal menjadi Duta Besar Israel di sana akan segera melawat Libya.

Sumber Inggeris disahkan menyatakan bahawa ada pertemuan yang diadakan oleh sejumlah komuniti Yahudi Libya yang tinggal di Britain, diketuai oleh Rafael Luzon, dengan beberapa pegawai di kerajaan Inggeris, serta pegawai dari Dewan Peralihan Nasional Libya.

Media Israel mendedahkan nama diplomat yang dicalonkan untuk menjadi Duta Besar Israel pertama untuk Libya, adalah warga Arab Druze, yang bernama Raslan Abu Rakoun, memegang jawatan Naib Konsul Jeneral Israel di Amerika Atlanta. "
Haaretz menambah, Rakoun akan melawat Libya dalam waktu dekat, disertai dengan beberapa doktor Arab Israel sebagai "inisiatif perubatan" terhadap rakyat Libya.



Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook