Saturday, September 1, 2012

CIA Tutup Kes 11 September Tanpa Tuduhan Jenayah


Gul Rahman meninggal dunia dalam tahanan CIA di Iraq pada tahun 2003

Penyiasatan selama lima tahun oleh badan perisikan Amerika, CIA, terhadap suspek serangan 11 September di Washington dan New York ditutup tanpa dakwaan jenayah.

Penyiasatan itu difokuskan bagaimana badan itu memperlakukan lebih dari seratus tahanan yang diseksa melalui simulasi dengan ditenggelamkan.

CIA juga menyimpulkan siasatan atas kematian dua tahanan di Afghanistan dan Iraq.

Jaksa Agung Eric Holder mengatakan tiada bukti yang kuat untuk "meneruskan dakwaan."

Kumpulan hak asasi, The American Civil Liberties Union, berkata keputusan itu merupakan "skandal."

Namun para pegawai CIA menyambut keputusan itu. Mereka mengatakan soal siasat dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan para kuasa undang-undang dalam pemerintahan Presiden George W Bush.

CIA tidak pernah menyebut nama suspek namun mereka mensyaki  Gul Rahman dan Manadel al-Jamadi.

Gul Rahman meninggal di Iraq tahun 2003 dan pemeriksaan jenazah menyatakan dia meninggal akibat pembunuhan.

CIA menolak bertanggung jawab atas kematian tersebut kerana bukti yang ada tidak cukup.

Dalam satu pernyataan Hodder berkata, "Berdasarkan rekod berkaitan dua kematian itu, jabatan penyiasatan menolak melakukan pendakwaan kerana bukti kurang cukup.

Penyelidikan, yang dilancarkan tahun 2008 oleh jaksa federal John Durham, memberi tumpuan kepada panduan perlakukan terhadap suspek yang ditetapkan kuasa undang-undang bekas Presiden George Bush.

Berdasarkan kepimpinan Bush, panduan itu merangkumi pelbagai teknik termasuk "Waterboarding" atau ditenggelamkan. Cara itu secara rasmi dikategorikan sebagai penyeksaan oleh kerajaan Obama.


Sumber : Eramuslim ,

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook