Tuesday, August 7, 2012

Israel serahkan 4 mayat penyerang pos pemeriksaan Sinai



Kuasa zionis Israel menyerahkan empat mayat pelaku serangan terhadap pos pemeriksaan di Sinai yang menyerang  sekurang-kurangnya 16 pasukan keselamatan sempadan Mesir, berdasarkan laporan sumber keselamatan Mesir, lapor Al Masry Al Youm.

Jenazah mereka tiba di hospital umum Arish dengan dikawal oleh pejagaan ketat pihak keselamatan.

Sumber mengatakan bahawa tiga jenazah tersebut terbakar dan ditemui sabuk yang terdapat tulisan "Palestin" padanya.

Para penyerang tersebut, dilaporkan merampas kenderaan lapis baja milik pasukan Mesir setelah berjaya melakukan serangan, dan kemudian mereka ditembak oleh pasukan zionis-melalui serangan udara ketika mereka berusaha melepasi sempadan Mesir-Rafah, sebagaimana tuntutan sumber tentera Israel.

Namun saat ini, keempat jasad tersebut belum dikenalpasti.

Penyerahan keempat jenazah tersebut juga disahkan oleh akhbar Israel Yedioth Ahronoth, bahawa tentera Israel telah menghantar jasad para penyerang Sinai.

Pejabat Mesir dan Israel menuduh kelompok "militan" yang bertanggungjawab atas kematian 16 polis sempadan Mesir itu, namun para ahli politik "Islamis" menduga bahawa Mossad berada di sebalik serangan tersebut.

Hingga kini belum ada kumpulan yang rasmi mengakui berada di sebalik serangan yang telah menciptakan ketegangan di Mesir itu.

Sumber : Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook