Thursday, August 2, 2012

China Larang Umat Islam Xinjiang Berpuasa Di Bulan Ramadhan



Pihak negara China di wilayah timur laut, Xinjiang, telah melarang para pegawai dan pelajar Muslim untuk menunaikan puasa pada bulan suci Ramadhan, dan mencetuskan sejumlah kelompok HAM memperingatkan kemunculan kekerasan baru di China.

Polisi yang dipost di laman kerajaan ini meminta para pemimpin Parti Komunis untuk menyekat kegiatan Islam selama bulan suci, termasuk puasa dan melawat masjid.

Xinjiang adalah kawasan bagi sekitar sembilan juta orang Uighur, yang berbahasa Turki, etnik minoriti yang sebahagian besar dari mereka adalah Muslim. Kebanyakan daripada  mereka mengatakan para penguasa China melakukan penganiayaan agama dan politik.

Wilayah ini telah digoncang oleh kekerasan etnik yang terus berulang, tetapi China membantah tuntutan bahawa pihaknya melakukan tindakan represif terhadap Muslim Uighur yang minoriti dan terdapat serangan oleh kaum Cina Han secara bulanan.

Sebuah pernyataan dari kerajaan daerah Kashgar bandar Zonglang di Xinjiang mengatakan bahawa "jawatankuasa daerah telah mengeluarkan polisi menyeluruh untuk menjaga kestabilan sosial selama tempoh Ramadhan."

"Polisi ini mengandungi larangan bagi tentera Parti Komunis, para pegawai awam (termasuk mereka yang sudah bersara), serta pelajar untuk mengambil bahagian dalam kegiatan keagamaan Ramadhan."

Kenyataan itu mendesak para pemimpin parti untuk membawa "hadiah" berupa makanan bagi para pemimpin desa tempatan untuk memastikan bahawa mereka makan selama bulan Ramadhan.

Selain itu, dasar tersebut pun menentukan agar pihak sekolah untuk memastikan para pelajarnya tidak masuk masjid selama bulan Ramadhan.



Sumber : Arrahmah, Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook