Thursday, August 2, 2012
Pertubuhan pembangkang dan kumpulan revolusi Syria Seru segera Bantu penduduk bandar Halab
Pertubuhan pembangkang dan kumpulan revolusi Syria menyeru masyarakat antarabangsa dan agensi bantuan kemanusiaan untuk segera membantu penduduk bandar Halab yang berada di tahap paling kritikal waktu ini akibat kepungan dan serangan bertubi-tubi dari pihak askar yang masih setia dengan Basyar Al-Asad semenjak beberapa hari lalu.
Pertubuhan-pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan semalam menyeru kepada umat Islam agar membebaskan 6 juta penduduk Halab yang dilaporkan berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan selain ketiadaan bahan bakar, air serta ubat-ubatan.
Mereka juga mendakwa, kepungan yang dilakukan askar kerajaan menyebabkan bantuan kemanusiaan tidak dapat disalurkan kepada penduduk tempatan.
Sumber : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment