Monday, August 20, 2012
83 orang rakyat Syria gugur syahid pada awal Syawal semalam
Tidak kurang 83 orang rakyat Syria gugur syahid pada awal Syawwal semalam akibat dibom oleh regim Basyar.
Majoriti syuhada' yang gugur adalah di wilayah Dar'a, Deir Zour dan juga sekitar Dimasyq. Sumber menyebut bahawa regim Basyar melancarkan serangan di kawasan perumahan ketika mana masyarakat sedang menyambut 1 Syawwal.
Di wilayah Homs pula, pesawat tempur dan juga kenderaan tentera regim Basyar masih mengepung dan mengebom bandar Talbish, Qashir, Homs lama dan juga Khalidiyah.
Walaubagaimanapun, mereka mendapat tentangan yang hebat daripada Tentera Pembebasan Syria walaupun para mujahidin kekurangan senjata terutamanya senjata anti-pesawat.
Sumber : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment