Monday, July 23, 2012

Turki Hantar Peluru Berpandu Ke sempadan Syria


Turki telah menghantar peluru berpandu ke sempadan Syria - laporan media. Pejabat berita Turki Anadolu menyatakan bahawa Turki juga telah mengerahkan beberapa pasukan ke sepanjang perbatasan Syria.

Sejumlah konvoi tentera Turki, termasuk kenderaan yang membawa beberapa pelancar peluru berpandu dan pengangkut pasukan telah tiba di kota Mardin, dilansir Anatolia.

Pada bulan Jun lalu, Ankara telah mengerahkan sejumlah kereta kebal dan kenderaan tentera ke sempadan wilayah Diyarbakir, sementara pelancar peluru berpandu telah ditempatkan di wilayah Hatay di sebelah barat sempadan Syria.

Televisyen menunjukkan sekurang-kurangnya lima kenderaan konvoi membawa peluru berpandu pertahanan udara.

Pengerahan kekuatan tentera ke sempadan Syria tersebut berlaku setelah ketegangan antara Syria-Turki terjadi di mana jet pejuang yang didakwa milik Turki ditembak jatuh oleh Syria.



Sumber : Ahram, Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook