Monday, July 23, 2012

Pengeboman kereta di dua bandar selatan Baghdad dan di kota Najaf





Pengeboman kereta di dua bandar selatan Baghdad dan di kota Najaf, Iraq telah membunuh seramai 20 orang pada hari Ahad dan mencederakan 80 orang yang lain. Menurut sumber polis dan hospital, ia merupakana satu hari yang paling ganas sejak dua minggu lalu.
Menurut polis,pengeboman kereta yang berlaku di Mahmudiya, sebuah pekan yang terletak di 30km(20batu) telah membunuh 11 orang dan mencederakan 38 orang.
Pengeboman kali pertama meletupkan sebuah kereta di sebuah tempat letak kereta, seterusnya sebuah kereta lain ketika ketibaan polis di tempat kejadian, dan yang ketiga berlaku dibalai polis Bandar tersebut.
Di Madaen, sebuah Bandar 30 km(20 batu) di tenggara ibu kota Iraq, dua butir bom mengorbankan 5 orang dan mencederakan 14 orang.
Sumber dari Kementerian Dalam Negeri berkata, pengeboman di jalan perdagangan di Najaf melibatkan empat orang terkorban dan 28 orang tercedera.
Walaupun keganasan di Iraq telah berkurang sejak berada di paras teringgi pada tahun 2006-2007 iaitu apabila beribu-ribu orang terbunuh, pemberontak masih menjalankan serangan maut terutama di sekitar ibu Negara.
Dua minggu lalu memperlihatkan keganasan yang berlaku di plumbum agak reda sehingga menjelangnya bulan suci Ramadhan.
Serangan pada bulan lepas mengorbankan sekuarang-kurangnya 237 orang dan telah mencederakan seramai 603 orang, justeru menjadikan ia sebagai bulan paling berdarah sejak askar AS ditarik balik pada akhir tahun lepas.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook