Tuesday, July 24, 2012

Iraq Tolak seruan Liga Arab Mengenai Perletakan Jawatan Bashar Assad




 Iraq telah menolak seruan Liga Arab untuk meminta presiden rejim Syria Bashar Assad mengundurkan diri.

Timbalan Menteri Luar Negeri Iraq Labid Abbawi mengatakan pada hari Isnin (23/7/2012) bahawa kubu Liga Arab harus mencari cara lain untuk mengamankan 'peralihan kuasa' di Syria bukan memaksa Assad untuk mengundurkan diri secepat mungkin.

"Seruan ini tidak tepat pada saat ini kerana ia mencampuri kedaulatan negara-negara lain," kata Abbawi kepada AFP. "Ada jalan lain untuk melindungi peralihan kekuasaaan."

Menurut PressTV, Algeria juga menolak cadangan Liga Arab untuk memaksa Assad turun dari jawatannya.

Penolakan itu datang setelah mentari luar negeri Liga Arab meminta Assad untuk segera mengundur diri dan menawarkan kepada Assad bahawa dia dan keluarganya boleh keluar dengan selamat.

"Ada kesepakatan tentang perlunya pengunduran diri Presiden Bashar al-Assad secepat mungkin " kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad bin al-Thani kepada wartawan di akhir pertemuan peringkat menteri di Doha kelmarin.

Liga Arab mendesak pembangkang Syria untuk bersatu dan membentuk 'kerajaan peralihan' bagi 'kesatuan nasional'.

Namun Damsyik menganggap hal tersebut adalah campur tangan pihak asing terhadap urusan dalaman Syria, dan menekankan bahawa Syria harus memutuskan masa depan negaranya sendiri.

Jurucakap Menteri Luar Negeri Syria Jihad Makdisi menuding negara-negara Arab membekalkan senjata untuk pihak pembangkang yang menyebabkan pertumpahan darah terjadi.

"Jika negara-negara Arab yang bertemu di Doha jujur ​​menginginkan untuk menghentikan pertumpahan darah, mereka akan menghentikan bekalan senjata, mereka akan menghentikan hasutan mereka dan propaganda mereka," tutur Makdisi.

Sementara itu, beberapa analisa dan berita menganggap bahawa AS-Israel adalah pihak yang menyokong pembangkang bersenjata untuk menumbangkan rejim Assad, yang mencetuskan pendapat bahawa semua pejuang Syria adalah dilengkapi oleh Zionis. Para Aktivis Syria menganggap hujah tersebut sebagai usaha Zionis untuk 'merampas' revolusi rakyat Syria.



Sumber : Presstv , Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook