Tuesday, July 24, 2012

Alkohol Diharamkan Di Bulan Ramadhan Serta 4 Hari Cuti Sempena Hari Kebesaran Islam - Menteri Pelancongan Mesir





Warga Mesir dilarang membeli minuman beralkohol pada bulan Ramadhan serta empat hari cuti sempena hari kebesaran Islam, sebuah berita harian Mesir melaporkan pada hari Ahad semalam (22/7) mengambil keputusan baru dari Menteri Pelancongan.

Penjualan dan penyediaan alkohol untuk warga Mesir pada bulan Ramadhan telah lama dilarang di Mesir dalam usaha untuk menghormati bulan suci.

Menteri Pelancongan Mesir - Mounir Fakhri Abdul Nour memutuskan untuk melaksanakan larangan pada empat hari cuti sempena hari kebesaran Islam dalam setahun: Tahun Baru Islam, hari cuti memperingati Isra dan Miraj, Maulid Nabi Muhammad dan hari Arafah, berita edisi online akhbar al-Ahram melaporkan, dipetik dari sebuah laporan dari agensi berita MENA.

Keputusan Abdul Nour itu dibuat untuk menghormati "perasaan umat Islam," menurut laporan tersebut.

Menurut keputusan Abdul Nour, warga Mesir yang terlibat dengan hal alkohol pada hari-hari tersebut akan dikenakan unduang-undang yang ketat.

Sejak pemilihan presiden bulan lalu calon Ikhwanul Muslimin Muhammad Mursi menang dan menjadi presiden, spekulasi telah tersebar luas bahawa kekuatan politik Islam akan berusaha untuk melarang penjualan alkohol dan berusaha mencari sekatan terhadap penggunaan bikini di pantai.


Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook