Friday, July 20, 2012

Serangan Ke Atas Pimpinan Islam Tatarstan Rusia





Pejabat Jabatan Agama Islam di wilayah Muslim Tatarstan Rusia di serang bom. Beberapa orang cedera manakala seorang pembantu meninggal dunia dalam serangan berasingan pada Khamis (19/7) semalam. Kejadian ini menganggu toleransi beragama di Rusia.

Presiden Vladimir Putin menyery agar bersatu padu dan mengutuk serangan yang dilakukan beberapa jam sebelum bermulanya bulan suci Ramadahn, yang bermula di Rusia saat matahari terbenam pada hari Khamis semalam.

"Badan penguatkuasaan undang-undang melakukan segala usaha untuk mencari, mendedahkan dan menghukum para pelaku," ujar Putin.

Mufti Tatarstan, Ildis Faizov, dirawat di rumah sakit setelah tiga letupan kuat menyasar ke atas keretanya. Dia berkata bahawa dia mampu keluar dari kereta SUV nya selepas letupan pertama sebelum letupan susulan menyebabkan munculnya kobaran api di atas kenderaannya.

"Saya merasakan letupan pertama di bahagian depan kereta dan merangkak keluar dari kereta," kata Faizov, yang dipaparkan pada televisyen negara bearda di rhospital, menurut satu kenyataan di laman kerajaan Tatarstan.

Rakaman televisyen Reuters menunjukkan kenderaan dilalap api dan asap mengepul di jalan lebar di pusat bandar Kazan, tempat tumpuan popular bagi pelancong dari Moscow, sekitar 735 km (450 batu) timur ibu negara Rusia.

Sekitar waktu yang sama, timbalan mufti Valiulla Yakupov ditembak mati di luar rumahnya, kata Jawatankuasa Siasatan.

Jawatankuasa Siasatan Rusia menyebut letupan kereta bom merupakan "tindakan pengganas."

Motif serangan tidak diketahui dan belum ada suspek yang didakwa, tetapi serangan terkoordinasi yang membangkitkan kekerasan sering berlaku di daerah majoriti Muslim Rusia Kaukasus Utara.

Jawatankuasa Nasional Rusia Anti-Keganasan (NAK) mengatakan dalam sebuah pernyataan pihaknya mengesyaki serangan itu berkaitan dengan apa yang disebut mufti itu untuk "melawan penyebaran radikalisme agama" di kawasan tersebut.

Mufti Faizov sendiri telah dikritik kerana skandal sekitar pengedaran hak untuk kuota ziarah suci ke Makkah.






Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook