Saturday, July 21, 2012

Bekas Ketua Perisikan Mesir Meninggal Dunia




Bekas Ketua Perisikan, Omar Suleiman, salah seorangteman rapat  bekas presiden Hosni Mubarak dan pernah menjadi wakilnya dalam masa yang singkat, meninggal di Amerika Syarikat ketika menjalani ujian perubatan, laporan dari pembantunya.

Suleiman (76) adalah orang yang sangat dibanggakan Israel dan Amerika Syarikat. Merupakan salah seorang penasihat pemimpin otokratis yang paling dipercayai, ia bahkan membawa sejumlah rahsia pemerintahan yang berjaya dijatuhkan Februari tahun sampai ke liang kubur.

"Dia dalam keadaan baik sebelum menjalani ujian perubatan di Cleveland," kata Hussein Kamal, pada Reuters pada Jumaat (20/7/2012) tanpa berkata apa yang menyebabkan kematiannya. Persiapan sedang dilakukan untuk membawa jasadnya kembali ke Mesir untuk dikebumikan, kata Kamal.

Suleiman sempat menjadi tempat perhatian tahun lalu ketika ia diangkat menjadi wakil presiden Mubarak untuk cuba untuk menamatkan pemberontakan Musim Semi Arab terhadap tiga dekad pemerintahannya. Namun tak lama kemudian, pemerintahan Mubarak berjaya digulingkan.

Dia kembali ke ruang media pada bulan April, mengajukan diri sebagai bakal calon presiden. Dia berjanji untuk memulihkan keamanan dan menamatkan kekacauan politik yang disebabkan oleh penggulingan Mubarak.

Dia dibatalkan pencalonannya ketika dia gagal meraih sokongan yang diperlukan.

Suleiman meninggalkan negara itu setelah menemui kegagalan untuk melangkah menuju arena pemilihan presiden. Ia pergi ke Abu Dhabi dengan kerabatnya.

Suleiman memimpin Badan Perisikan Mesir (Egis) dari tahun 1993, mengambil peranan penting dalam hubungan diplomatik Mesir dengan Israel, puak Palestin, serta sekutunya Amerika Syarikat.

"Ia merupakn perkara yang mendukacitakan bagi semua orang yang berharap bahawa ia boleh dihukum di muka bumi, kerana dia adalah seorang penjahat yang memenjarakan banyak orang tak bersalah," kata pengguna Facebook Ibrahim El Houdaiby.


Sumber : Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook