Thursday, July 19, 2012

Rusia dan China veto draft resolusi DK PBB soal Syria





Rusia dan China akan memveto rancangan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang disokong Barat yang mengandungi hukuman terhadap kerajaan Syria.

Ke-15 ahli Majlis Keselamatan PBB dijadualkan bertemu pada Rabu (18/7/2012) untuk melakukan pungutan suara bagi mengesahkan draf yang mencadangkan hukuman terhadap Damsyik di bawah Bab 7 Piagam PBB, yang membolehkan untuk penguatkuasaan hukuman bermula dari sektor ekonomi hingga sekatan senjata dan juga boleh mengesahkan penggunaan kekuatan tentera, jika perlu.

"Kami akan lihat. Saya sudah menegaskan bahawa akan memilih untuk menentang resolusi ini," Duta Besar Rusia untuk PBB, Vitaly Churkin, menyatakan kepada wartawan di New York pada Isnin (16/7/2012)

Dia juga meminta anggota Dewan untuk melanjutkan mandat Misi Pengawasan PBB di Syria (UNSMIS).

"Jika orang ingin melampirkan agenda politik masing-masing, itu bererti mereka tidak mahu misi ini  dilanjutkan."

Mandat 90 hari misi pemerhati PBB itu akan berakhir pada 20 Julai.

Sementara itu, Duta Besar Inggeris untuk PBB, Mark Lyall Grant, mengatakan Rusia dan China "masih menyatakan bantahan atas Bab 7" untuk Syria.

Pada hari Selasa (17/7), utusan China untuk PBB, Li Baodong, mengatakan Beijing telah menyeru untuk berunding dalam masalah ini.

Kerajaan Barat yang anti-Syria telah menyeru Presiden Syria Bashar al-Assad untuk berundur. Namun, Rusia dan China tetap berkeras menentang usaha Barat untuk menggulingkan Assad.

Pada tarikh 4 Februari, Rusia dan China memveto draf resolusi yang disokong Barat atas Syria di Majlis Keselamatan PBB. Kedua-dua negara ini menolak wajib militer dengan alasan tidak seimbang.

Moscow dan Beijing juga memveto resolusi Majlis Keselamatan terhadap Syria pada tarikh 5 Oktober 2011.


Sumber : Arrahmah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook