Monday, July 16, 2012
Perbincangan Bantuan AS untuk Mesir - Clinton
Menteri Luar AS, Hillary Clinton yang tiba di Mesir pada Sabtu (14/7/2012) memulakan lawatannya selama 2 hari ke Mesir bagi menemui Presiden Mesir yang baru dipilih, Dr. Muhammad Mursi.
Clinton tiba di lapangan terbang Kaherah pada pukul 16.00 waktu setempat dan terus menuju ke istana presiden di Heliopolis untuk bertemu dengan Mursi. Sebuah sidang akhbar diadakan selepas pertemuan tersebut.
Berdasarkan sumber diplomatik, Clinton dan Mursi akan membincangkan hubungan Mesir-AS dan bantuan ketenteraan serta ekonomi yang diberikan oleh AS untuk Mesir. Selain itu, mereka juga membincangkan perkembangan serantau di Sudan dan Syria.
Mesir, penerima bantuan AS kedua terbesar setelah Israel, telah menerima rata-rata sebanyak $ 1.6 bilion satu tahun kerana menandatangani perjanjian damai dengan Israel 1979. Dari jumlah ini, lebih dari 65 peratus - atau $ 1.3 bilion - merupakan bantuan tentera, yang memainkan peranan penting dalam membentuk polisi luar Mesir.
Sebuah rancangan undang-undang dicadangkan pada bulan Mei oleh Senat AS, di mana bantuan ketenteraan AS untuk Mesir akan sangat bergantung pada kestabilan dalam tentera Mesir. Salah satu syarat yang ditetapkan adalah bahawa Mesir harus memenuhi kewajibannya mengikut perjanjian 1979 dengan Israel.
Setelah perbincangan dengan Mursi, Clinton akan bertemu dengan Menteri Luar Negeri Mesir, Mohamed Kamel Amr, untuk membincangkan peralihan demokrasi negara tersebut dan tindakannya terhadap AS dan Israel.
Perbincangan mereka berlangsung semasa jamuan makan malam di Kementerian Luar Negeri Mesir, bermula sekitar 18.30 pada Sabtu malam (14/7).
Menurut Reuters, Clinton juga akan bertemu kepala tentera, Field Marshall Hussein Tantawi, Minggu (15/7), namun tidak ada butiran lebih lanjut tentang masa atau lokasi pertemuan.
Selain itu, pada pagi hari Minggu (15/7) Clinton dijadualkan bertemu dengan wakil-wakil organisasi hak-hak wanita tempatan untuk membincangkan status wanita Mesir setelah pemberontakan 2011.
Clinton kemudian akan menuju ke Alexandria pada petang harinya, dan secara rasmi membuka konsulat baru AS di bandar pantai tersebut sekitar pukul 15.30 waktu setempat.
Laporan sebelumnya menganggarkan Clinton juga akan memberikan pidato di Bibliotheque Alexandria. Namun, ditolak oleh pejabat akhbar dari Kedutaan Besar AS di Kaherah.
Sejak tahun 1970, Mesir telah dianggap sebagai salah satu sekutu utama Washington di Timur Tengah dan menjadi negara yang cukup penting bagi AS untuk bermain strateginya di wilayah benua Arab dan Afrika.
Tapi penggulingan Hosni Mubarak di awal 2011 dan pemilihan presiden dari kubu parti yang mendakwa dirinya parta Islam baru-baru ini telah membuat sebahagian kalangan meramalkan perubahan yang signifikan dalam hubungan masa depan antara Washington dan Kaherah.
Sumber : Arrahmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment