Sunday, July 8, 2012

Mursi Akan Kunjungi Arab Saudi




Presiden Muhammad Mursi akan menuju Arab Saudi pada hari Rabu depan pada kunjungan pertamanya ke luar negeri sebagai kepala negara Mesir, agensi berita rasmi MENA melaporkan Sabtu kemarin (7/7).

"Raja Abdullah dari Arab Saudi telah mengundang Presiden Mursi untuk melawat Arab Saudi untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara di segala bidang," kata Duta Besar Saudi Ahmad Qattan, seperti dikutip MENA, yang menambah bahawa Mursi akan terbang ke Riyadh Rabu depan.

Ini akan menjadi lawatan pertama ke luar negeri sejak beliau dilantik sebagai Presiden Mesir minggu lalu.

Mursi, ahli lama dari jamaah Ikhwanul Muslimin, adalah presiden awam pertama yang terpilih di negara itu.

Mesir dan Arab Saudi menikmati hubungan dekatnya di bawah pendahulu Mursi, Hosni Mubarak, yang digulingkan dalam pemberontakan rakyat tahun lalu.

Tapi krisis diplomatik antara dua kekuatan regional terjadi ketika Riyadh menarik duta besarnya di Kaherah dan menutup kedutaan besarnya selama beberapa hari, setelah aksi protes menuntut pembebasan seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia yang ditahan di kerajaan Saudi.

Beberapa pegawai Saudi dipercayai telah menyokong saingan Mursi, seorang bekas perdana menteri dan bekas jeneral tentera, Ahmad Syafiq, dengan harapan dapat meneruskan hubungan seperti dahulu.


Sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook