Saturday, July 7, 2012

insiden mengejutkan ketika perdebatan di TV Jordan


Seorang ahli parlimen Jordan, Mohammed Shawabkeh mengejutkan lawannya, bekas ahli parlimen dan aktivis politik Mansour Murad apabila dia menarik keluar pistol semasa perdebatan hangat di TV yang bersiaran secara langsung pada petang Khamis lalu.
Shawabkeh telah bertindak sedemikian dan mengatakan kepada agensi berita Jordan Gerasa News bahawa Murad yang mula menyerang anggota kerajaan Jordan dan memanggil mereka dengan gelaran “parasit rasuah”.

Shawabkeh berkata Murad tidak mempunyai hak untuk mengkritik kerajaan apabila beliau sendiri adalah penyokong "rejim yang menindas Syria." Kata Shawabkeh semasa mengambil bahagian dalam perbincangan tentang gerakan-gerakan politik tempatan dan peranan Dewan Rakyat, beliau telah dikejutkan dengan serangan ke atas kerajaan Jordan oleh Murad.
Hujah ini dipanaskan lagi apabila Murad mengutuk bapa Shawabkeh, yang mendorong beliau untuk membaling kasut kepada Murad.
Shawabkeh juga mengakui bahawa pemandu beliau turut mengganas kepada Murad dan ia kemudian dapat dileraikan.

Murad mengesahkan kepada Berita Gerasa bahawa dia telah memfailkan aduan rasmi, terhadap Shawabkeh, atas tuduhan cubaan membunuh serta memfitnah.
Murad menyifatkan kejadian itu sebagai penindasan awam dan beliau berkata bahawa memiliki senjata dalam siaran berita adalah suatu penghinaan yang terang-terangan kepada media.
Murad yang hanya mendiamkan diri di atas insiden itu berkata hal ini akan menjadi ancaman kepada kebebasan bersuara. Disebabkan kedudukan Shawabkeh sebagai ahli parlimen, Murad berkata, beliau yang merupakan wakil rakyat sebaliknya telah mempamerkan kelakuan agresif terhadap pendapat lawan. Hal ini turut membuatkan Murad khuatir bahawa kejadian ini memberi makna bahawa dengan hanya memberikan pendapat dan pandangan, seseorang itu akan meghadapi ancaman dibunuh.

Sumber  : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook