Friday, July 6, 2012

Lubnan - Protes Pembebasan Pegawai Tentera Yang Terlibat Dalam Kes Pembunuhan Ulama Sunni


Berpuluh-puluh pemuda berkumpul di lebuh raya utara Lubnan pada hari Jumaat untuk membantah pembebasan pegawai-pegawai tentera yang disoalsiasat dalam kes pembunuhan ulama terkemuka Sunni pada Mei lalu.


“Puluhan belia telah berkumpul di lebuh raya antarabangsa yang menghubungkan antara Bandar Pantai Tripoli wilayah utara Akkar dan sempadan utara dengan Syria,”beritahu pegawai keselamatan kepada AFP.
Protes yang menyekat laluan itu diadakan selepas beberapa pegawai yang menembak maut ulama Ahmed Abdel Wahed, telah dibebaskan pada hari Khamis. Bersama-sama dengan ulama lain, Abdel Wahed terbunuh dalam kejadian di bandar Koueikhat, di rantau Akkar ini.

Para belia yang berkumpul membakar tayar dan beg plastik untuk memotong laluan di lebuhraya utama dan beberapa laluan kecil yang merentasi Akkar.Menurut sumber, pada petang Khamis, kumpulan-kumpulan lain juga telah memotong beberapa jalan di wilayah itu, manakala beberapa orang yang terlibat dalam protes di Kampung utara al-Bireh mempunyai senjata dan dilaporkan kedengaran bunyi tembakan pada waktu malam.
Adel Wahed dilahirkan di al-Bireh dan beliau adalah seorang yang lantang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad di Syria.

Pada hari Jumat, suasana di Tripoli agak sunyi tetapi tegang, dan Perdana Menteri Najib Mikati merayu agar keadaan menjadi tenang di Akkar.Kota di persisiran pantai itu telah menjadi saksi pentempuran yang kerap di antara pro- dan anti-Assad sejak pemberontakan di Syria meletus.



Sumber : Alarabiya


0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook