Friday, July 13, 2012

Kumpulan Liberal Iraq Minta Kerajaan Larang Perkahwinan Di Bawah Umur 25 Tahun





Kumpulan liberal yang mendakwa mereka sebagai golongan awam Iraq mendesak parlimen negara itu untuk melaksanakan undang-undang baru yang melarang pernikahan di bawah umur 25 tahun.

Kumpulan Pemuda Peduli Budaya dan Pembangunan juga memberi amaran letupan populasi dan menyeru dilaksanakan undang-undang yang akan mengendalikan peringkat kelahiran.

Ketua organisasi tersebut, Saif al-Mansouri, mengatakan kepada stesen televisyen Al sumaria, "Bersempena Hari Penduduk Sedunia, kami telah melancarkan kempen menentang perkahwinan awal dan pelaksanaan pengendalian kelahiran."

Dia mendesak parlimen untuk mengemukakan undang-undang baru untuk mengawal kelahiran dan melarang perkahwinan sebelum usia 25 tahun.

Keluarga merancang adalah medium yang diperlukan dan telah berlaku di banyak negara, katanya, menunjuk ke negara-negara seperti China dan India yang mempunyai penduduk tinggi dan membandingkannya dengan negara-negara Teluk Arab dengan penduduk yang rendah namun menjalani kehidupan yang cukup selamat.

Dalam berita yang berkaitan, ketua jawatankuasa polisi kependudukan memperingatkan akan bahaya yang dihadapi negara itu jika penduduk Iraq mencapai 64 juta-dianggarkan pada tahun 2030. Hal ini akan meningkatkan tekanan pada kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara.

Rakyat sudah mengeluh buruknya infrastruktur di Iraq dan telah memprotes pemadaman listrik.

Kerajaan Iraq menyatakan bahawa pihaknya tidak mampu lagi untuk menanggung beban subsidi yang selama ini menjadi tempat bergantung kehidupan rakyat Iraq. Rakyat dengan pendapatan terhad tidak mampu memiliki rumah, tanah, dan bahan bangunan semakin mahal.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook