Tuesday, July 3, 2012

Davutoglu - Dunia Perlukan Kekuatan Mesir








Al Arabiya melaporkan bahawa Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu berkata negara beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Mesir dalam semua bidang demi keamanan dan kestabilan rantau ini.

Davutoglu yang menekankan kepentingan hubungan di antara Mesir dan Turki, memberi ulasan dalam satu pertemuan dengan Presiden Mesir Mohammed Mursi di Kaherah pada hari Isnin lalu.

Diplomat tertinggi Turki berada di Kaherah untuk menghadiri persidangan kumpulan pembangkang Syria yang bermula lebih awal pada hari tersebut.

Davutoglu, mempelawa  Mursi untuk melawat Turki,beliau juga melahirkan keyakinan yang tinggi terhadap pembangunan negaranya dalam kepimpinan yang baru Mesir di bawah Mursi, seterusnya menyatakan bahawa dunia memerlukan "Mesir yang kuat" . Beliau juga menambah bahawa Mesir akan mencapai banyak kejayaan pada masa akan datang. "

Mursi mengangkat sumpah sebagai presiden awam Mesir yang pertama pada 30 Jun. Pelantikan beliau adalah hasil daripada pemberontakan Mesir sendiri, yang memaksa bekas Presiden Hosni Mubarak melepaskan kuasa pada bulan Februari 2011, selepas 30 tahun berkuasa.



Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook