Tuesday, June 26, 2012

Lelaki bertopeng menyerang stesen TV yang berpangkalan di Lubnan.





Saluran televisyen al-Jadeed yang berpangkalan di Lubnan-berkata seorang lelaki bertopeng yang tidak dikenal telah menyerang ibu pejabat di kawasan Beirut Wata al-Msaytbeh lewat Isnin lalu.


Menurut laporan Reuters dan ulasan secara langsung melalui talian daripada pemerhati di tempat kejadian, saluran Stesen pan-Arab 24 jam melaporkan bahawa lelaki bertopeng itu menyerang beberapa pengawal keselamatan dan membakar tayar kenderaan stesen televisyen berkenaan.


Stesen televisyen tersebut juga berkata bahawa skuad Perkhidmatan Perisikan Tentera telah menangkap salah seorang daripada penyerang tersebut, yang dikenalpasti sebagai Wissam Alaeddine.


Menurut laporan dari Now Lebanon, ketua bahagian berita di Al-Jadeed TV, Mariam al-Bassam, memberitahu stesen teleisyen bebas MTV bahawa sebilangan belia dari Parti Sosialis Progresif telah membantu penangkapan Alaeddine.


Bassam juga berkata bahawa dia tidak tahu siapakah dalang di sebalik serangan itu, tetapi dia telah meminta pasukan keselamatan untuk memberi perlindungan kepada ibu pejabat stesen berkenaan.


Stesen TV Al-Jadeed juga melaporkan bahawa Presiden Michel Sleiman, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Mikati dan beberapa ahli politik lain telah dipanggil oleh jabatan stesen TV "untuk mengutuk serangan tersebut," Now Lebanon menambah.



Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook