Tuesday, June 26, 2012
Lembaga Amal Arab Saudi Dirikan 'Bank Makanan' Untuk Golongan Yang Memerlukan
Sebuah pertubuhan Lembaga Amal di timur bandar Dammam mengambil langkah penyelesaian bagi mengubah masalah pembaziran makanan dari pesta dan makan malam rakyat Arab Saudi dengan mendirikan sebuah bank makanan untuk mengumpulkan makanan yang masih di atas pinggan bufet.
"Adakah anda tahu bahawa setiap hari empat juta makanan dibuang? Ini adalah jumlah yang sangat mengejutkan yang mendorong seorang pengusaha untuk terlibat dalam lembaga amal untuk memulakan projek ini.
Khalid al-Khan - ahli Lembaga Amal - menjelaskan misi bank makanan itu secara ringkas.
"Kami mengumpul lebihan makanan - makanan yang belum diambil di meja bufet, bukan sisa makanan yang telah di makan. Mengemasnya dengan baik dan menghantarnya kepada mereka yang memerlukannya."
Projek Ita'am, yang dilancarkan oleh yayasan sosail Al-Forzan pada Mei 2010, merekrut pasukan pekerja yang cermat menangani sisa-sisa makanan dari Jamuan. Norah al-Dumairi, supervisor pasukan mengatakan kesihatan dan kebersihan makanan adalah sangat penting ketika makanan-makanan dikemas dan diedarkan kepada orang yang memerlukannya.
"Ketika kami mengambil dan mengemas pakej makanan, kami menggunakan jaket, sarung tangan dan penutup kepala untuk memastikan semua proses pembungkusan secara bersih."
"Makanan kami sesuai untuk semua orang kerana kualiti makanan dapat diambil oleh semua orang."
Pengarah projek Ita'am Hammad al-Dowalea mengatakan lembaga amalnya banyak membantu memberikan makanan kepada penerima yang memerlukan.
Sumber : Alarabiya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment