Friday, June 29, 2012

Tentera Turki KonvoinMenuju Sempadan Syria




Pasukan dan kenderaan tentera Turki diarahkan menuju ke sempadan dengan negara Syria pada Khamis semalam (28/6) sebagai langkah berjaga-jaga setelah Perdana Menteri Tayyip Erdogan memberi perintah tersebut untuk menjalankan tindak balas terhadap ancaman Syria yang mendekati sempadan.

Erdogan yang telah memberikan tempat tinggal kepada para pelarian dan pemberontak yang melawan Presiden Syria Bashar Assad di kawasan sempadan Turki-Syria, mengumumkan peraturan baru untuk penglibatan tentera Turki di sempadan setelah pertahanan udara Syria menembak sebuah pesawat perang Turki Jumaat lalu.

"Saya dapat mengesahkan ada tentera yang dikerahkan di sepanjang sempadan di wilayah Hatay. Turki mengambil tindakan pencegahan setelah jet ditembak jatuh," kata seorang pegawai Turki tanpa menyebut nama.

Dia mengatakan dia tidak tahu berapa banyak tentera atau kenderaan yang sedang bergerak namun dikatakan mereka sedang ditempatkan di daerah sempadan Yayladagi, Altinozu dan Reyhanli wilayah selatan Hatay Turki. Dia mengatakan senjata anti-pesawat juga sedang ditempatkan di sepanjang sempadan.

Sebuah konvoi tentera kenderaan termasuk pelancar peluru berpandu anti-pesawat dari Brigade Lapis Baja ke-5 Mekanik meninggalkan pangkalan di tenggara bandar Gaziantep, Khamis semalam dan melakukan perjalanan ke wilayah jiran Kilis di sempadan.

Jalan ditutup untuk lalu lintas ketika konvoi yang dikawal oleh kereta polis, lewat.

Konvoi lain sekitar 30 kenderaan tentera, termasuk lori yang sarat dengan bateri peluru berpandu, meninggalkan bandar pantai Turki dari Iskenderun pada Rabu lalu dan digelar dekat 50 km sempadan Syria, laporan agensi berita Turki.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook