Wednesday, May 16, 2012

Rancangan Dakwah Islam Pertama Berjaya Keudara Di Televisyen Itali




Rancangan Dakwah Islam yang pertama di televisyen Itali memulakan siarannya beberapa minggu lalu. Rancangan yang berjudul 'Min al-Dakhil Rumia' (dari Tanah Rom), disiarkan di stesen RTB Brescia dan melalui saluran televisyen satelit, dan acara ini menyasarkan Muslim Eropah.

Rancangan ini diadakan oleh Imam Abu Ammar al-Sudani, seorang pensyarah Muslim Itali dan aktivis Islam yang terkemuka di negara itu.

Imam Abu Ammar al-Sudani menyatakan dirinya ingin menawarkan dakwah Islam di televisyen yang benar. Imam Abu Ammar berkata, mereka memulakan rancangan dengan membincangkan tentang peranan Islam di Barat dan di Itali, dari masalah sosial, budaya dan agama dari pelbagai sudut pandang. Acara ini juga memaparkan laporan tentang perkembangan Muslim Itali dari seluruh negeri.

Rancangan dakwah Islam di televisyen Itali saat ini dibiayai oleh negara-negara Teluk. Namun Imam Abu Ammar mengatakan untuk episode akan datang juga akan ditaja oleh syarikat Itali. Imam Abu Ammar mengatakan bahawa dua dari episode pertama siaran dakwahnya diterima dengan baik, dan ia mendapat panggilan ucapan selamat dari Maghribi, Mesir dan Perancis.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook