Friday, May 18, 2012

Radio Muslim Pertama Dilancarkan di Nigeria




Sebuah kumpulan Muslim terkemuka telah melancarkan stesen radio Muslim pertama di Nigeria dalam usaha untuk membersihkan salah faham tentang Islam dan umat Islam di negara itu.

"Suara umat atau Quds Radio berharap untuk mengisi jurang tersebut, menyediakan isi siaran Islam yang berkualiti tinggi untuk lebih dari satu juta pendengar di Nigeria," kata Daood Imran Molaasan, Presiden Jama'atu Ta'awun Muslimin (tawun), mengatakan kepada OnIslam. net.

Pemilik radio mengatakan siaran tersebut bertujuan untuk memperbaiki salah faham tentang Islam yang didorong oleh orang Kristian yang mendominasi media di Nigeria.

"Pengaturcaraan stesen radio mencerminkan keinginan untuk mencapai rakyat pada tahap yang berbeza, untuk memperluaskan cekrawala semua pendengar," kata Molaasan.

"Dalam perlumbaan mencapai kecemerlangan, tiada garisan penamat dan program radio serta falsafah penyiaran suara rakyat Insya Allah akan menjadi bukti."

55 peratus daripada 140 juta penduduk Nigeria merupakan warga muslim, sementara jumlah rakyat beragama Kristian hampir 40 peratus.

Nigeria mempunyai lebih dari 40 stesen radio swasta, 13 di antaranya adalah dimiliki oleh badan-badan Kristian.

Pemimpin Tawun mengatakan keputusan untuk melancarkan sebuah stesen radio muslim kesan daripada penggambaran media yang negatif tentang Islam dan Muslim.

Pemilik stesen radio mengatakan bahawa radio juga bertujuan menunjuk arah Muslim Nigeria tentang iman mereka.

"Radio Suara umat ini direka untuk menggalakkan pendengar untuk berfikir, tumbuh, dan mewujudkan kesedaran ideologi Islam yang akan membantu mereka pada peringkat sosial dan spiritual," kata Molaasan.

Molaasan mengatakan stesen radio yang baru lahir ini akan berusaha berkerjasama dengan para pemimpin Muslim terkenal untuk membantu mencapai tujuannya atau mendidik Muslim tentang iman mereka.

Molaasan juga mengatakan radio Suara Umat juga berusaha untuk membina kapasiti intelektual Muslim untuk memberi respons secara berkesan terhadap isu-isu kontemporari dan agama.

"Interaksi dengan penonton adalah amat penting," katanya.

"Setiap program direka untuk meningkatkan dan memberi inspirasi kepada pendengar, menjadikan umat Islam merasa bangga menjadi Islam."

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook