Saturday, May 19, 2012

Beberapa Masjid di Tunisia Seru Pemuda untuk Berjihad ke Syria




Beberapa masjid yang dianggap radikal di Tunisia menyeru kaum muda untuk berjuang di Syria menentang rejim Presiden Bashar al-Assad, seorang pegawai urusan agama negara itu mengatakan Jumaat semalam (18/5).

Menurut anggaran rasmi, kira-kira 400 daripada 5,000 masjid di Tunisia sekarang di tangan golongan Islam yang dituduh radikal. Jumlah tersebut telah berkembang sejak revolusi Tunisia, yang bermula pada akhir 2010 dan menyebabkan penggulingan diktator lama Zine ElAbidine Ben Ali.

"Ini merupakan satu masalah, dan kami sedang mencari solusinya," kata Ahmed Bergaoui, seorang pegawai kementerian urusan agama, berkaitan adanya panggilan jihad.

Pada hari Khamis lalu, Menteri Dalam Negeri Ali Larayedh juga menyatakan keprihatinan atas masalah ini, tapi tidak memberikan angka bilangan warga Tunisia yang telah pergi untuk berperang di Syria.

"Kami kesal para anak muda yang menyambut seruan jihad tersebut," kata Larayedh. "Ada di kalangan mereka sudah tewas, yang lain dipenjara dan lain-lain terus berjuang di Syria. Kami melihat semuanya itu dari dekat."

Kebanyakan dunia Islam - dan masyarakat antarabangsa - telah memandang dengan kecewa saat rejim Assad melancarkan tindakan keras berdarah terhadap perbezaan pendapat selama lebih dari setahun di Syria.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon minggu ini mengatakan hingga 10,000 orang telah tewas dalam kekerasan itu.

Sumber  : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook