Tuesday, May 1, 2012

Pasukan Assad Kembali Tembak Kem Pelarian Syria di Wilayah Turki




Pasukan Syria melepaskan tembakan ke kem pelarian Syria Oncupinar di Turki, Dewan Revolusi Pembangkang melaporkan pada hari Isnin lalu (30/4).

Setakat ini Turki belum mengulas tentang adanya jangkaan penembakan lintas sempadan tersebut, namun kejadian sama pernah terjadi pada 9 April lalu yang membuat Ankara mengancam akan menggunakan tindakan kekerasan untuk mencegah terjadinya lagi serangan di kem pelarian Syria di Turki.

Menteri Luar Negeri Ahmed Davutoglu juga mengatakan Turki sedang mempertimbangkan "segala kemungkinan untuk melindungi keselamatan negara" jika kekerasan terus membawa puluhan ribu pelarian Syria ke wilayah mereka.

Selain menerima lebih banyak pelarian, Turki juga muncul sebagai syurga utama bagi kumpulan pembangkang Syria dan pejuang pemberontak, tetapi menolak untuk menentang pasukan yang memerangi rejim Assad.

Eskalasi di sempadan dengan Turki mengikuti siri pengeboman di Syria yang menewaskan lebih dari 30 orang.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook