Wednesday, May 2, 2012

Kabul : Enam terbunuh dalam letupan selepas lawatan Obama




Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam letupan dan tembakan di kompleks rumah utama untuk tetamu asing di Kabul pada hari Rabu, selepas beberapa jam lawatan mengejut oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, semalam.
Asap kelihatan berpunca daripada kawasan yang mempunyai keselamatan tinggi "Green Village", yang digunakan oleh PBB dan Kakitangan Kesatuan Eropah. Kawasan tersebut berhampiran dengan lapangan terbang utama Afghanistan yang sebelum ini dikejutkan dengan serangan bunuh diri bom kereta yang telah dituntut oleh Taliban.

Obama sebelum ke Kabul dalam lawatan rahsia menandatangani perjanjian dengan Presiden Hamid Karzai, 10 tahun bantuan AS ke Afghanistan selepas tentera NATO meninggalkan tempat tersebut pada 2014.

"Lima orang awam dan 1 pengawal terbunuh," kata jurucakap kementerian dalaman Sediq Sediqqi, sambil menambah bahawa sasaran adalah ""Green Village"" yang digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Taliban mengaku bertanggungjawab bagi serangan bunuh diri.

"Hari ini pasukan mujahid menjalankan serangan bom kereta berani mati di pangkalan tentera asing di Kabul, diikuti oleh pasukan mujahid yag memasuki pangkalan," kata jurucakap Taliban memberitahu AFP.

Karzai berkata pakatan AS "tidak mengancam mana-mana negara ketiga, termasuk negara-negara jiran, tetapi kita berharap bahawa ini membawa kepada kestabilan, kemakmuran dan pembangunan di rantau ini".

"Tidak kiralah samada Amerika mahupun rakyat Afghanistan meminta perang ini, namun selama satu dekad kami telah berdiri bersama-sama," kata Obama di majlis menandatangani perjanjian.

"Kami memandang ke hadapan untuk masa depan yang aman. Kami bersetuju untuk menjadi rakan kongsi jangka panjang," kata Obama.Sehingga kini Washington berhasrat untuk memastikan Afghanistan tidak kembali ke tangan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda.


Sumber : Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook