Wednesday, May 2, 2012

Mesir Gagalkan Rancangan Iran Membunuh Duta Besar Saudi ke Kaherah



Pasukan keamanan Mesir menangkap tiga warga Iran atas tuduhan merancang penculikan dan pembunuhan duta besar Arab Saudi ke Kaherah, Ahmad Abdul Aziz al-Qattan, tiga bulan lalu, seorang penasihat undang-undang di kedutaan Saudi mengatakan kepada Al Arabiya, Selasa kemarin (1/5) .

Penasihat Sami Jamal Addin mengatakan dalam sebuah wawancara telefon bahawa para pegawai Mesir memberitahu kerajaan Saudi pada saat itu tetapi Kerajaan lebih suka berdiam diri berkaitan tentang insiden tersebut.

Jamal Addin mengatakan rancangan digagalkan tiga bulan lalu dan dewan tentera yang berkuasa Mesir menawarkan untuk memperketat keselamatan untuk duta besar Saudi tetapi duta besar menolak untuk adanya peningkatan perlindungan.

Jamal mengatakan keputusan terbaru oleh Arab Saudi untuk menarik duta besarnya ke Kaherah berdasarkan "masalah keselamatan serius" terhadap kakitangan kedutaan.

Jamal Addin menambah bahawa Arab Saudi bimbang bahawa aksi protes di depan kedutaan besarnya di Kaherah minggu lalu dapat dimanfaatkan oleh "pihak ketiga" untuk menyerang misi diplomatik kerajaan dan kakitangannya.

Sebelumnya dilaporkan, sekelompok kecil warga Mesir melakukan aksi protes atas penahanan seorang peguam Mesir dan aktivis hak asasi manusia pada saat kedatangannya di lapangan terbang Jeddah pada 17 April lalu.

Arab Saudi mengatakan warga Mesir bernama Ahmad Muhammad al-Gazawi, ditahan setelah ia dijumpai dengan membawa lebih dari 20.000 pil Xanax tersembunyi di bagasinya.

Namun, banyak warga Mesir menolak tuntutan tersebut, mengatakan Gazawi ditangkap kerana kritikannya terhadap kerajaan Saudi dan diberikan hukuman satu tahun penjara serta 20 sebatan yang disampaikan dalam sebuah mahkamah in absentia.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook