Sunday, May 6, 2012

Majoriti Rakyat AS Ingin Pasukan AS Segera Ditarik dari Afghanistan




Kebanyakan rakyat Amerika ingin pasukan AS keluar dari Afghanistan setelah lebih dari satu dekad perang, menurut tinjauan pendapat terkini. Namun mereka ingin misi yang menyasarkan Al-Qaeda terus dilanjutkan.

Kajian Reuters / Ipsos mencerminkan kekecewaan rakyat Amerika sepanjang peperangan telah membawa malu negara secara signifikan. Dalam tinjauan hampir dua pertiga rakyat AS menyatakan mereka menentang wujudnya sebuah komitmen jangka panjang oleh Washington untuk menyokong ekonomi dan keselamatan Afghanistan selepas pengunduran pada tahun 2014.

Perjanjian Perkongsian Strategik antara kedua-dua negara, berjanji memberikan bantuan kewangan AS dan tentera untuk Afghanistan hingga 2024 yang ditandatangani oleh AS dan Presiden Afghanistan selama kunjungan rahsia Obama ke Afghanistan pada tarikh 1 Mei lalu.

Untuk pembayar cukai menjadikan mereka harus memberikan 4 bilion dolar untuk Afghanistan setiap tahun, jika dana itu diluluskan oleh Kongres.

Rakyat Amerika tidak setuju dengan perkara tersebut sama sekali. 77 peratus dari mereka yang mengambil bahagian dalam tinjauan berpendapat ingin semua pasukan tempur AS - tidak termasuk pelatih dan pasukan khusus - untuk segera meninggalkan Afghanistan pada akhir 2012.

Hampir dengan jumlah yang sama, 73 peratus, mengatakan mereka tidak mahu Amerika Syarikat mendirikan pangkalan tentera kekal apapun di Afghanistan.

Tinjauan juga mendapati kebanyakan rakyat Amerika menyokong untuk menempatkan beberapa pasukan AS di Afghanistan dalam usaha melakukan misi menyasarkan Al Qaidah.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook