Wednesday, April 4, 2012

Anak Syeikh Qaradhawi Turut Dilarang Masuk ke Perancis

Pihak Perancis menolak untuk memberikan visa kepada anak Dr Yusuf al-Qaradhawi, presiden persatuan ulama antarabangsa, di mana Presiden Nicolas Sarkozy mengumumkan bulan lalu bahawa beliau tidak diterima di Perancis.

Abdul-Rahman Yusuf al-Qaradhawi dijadualkan akan terbang ke Paris Isnin depan atas undangan pemuda revolusi di Paris, menurut surat kabar Al Wafd. Kemungkinan besar penolakan Perancis memberikan visa kepada anak Syeikh Qaradhawi berikutan berkembangnya Islamofobia dan dalam konteks kempen propaganda politik Presiden Sarkozy dalam usaha untuk mengaut suara dari kumpulan sayap kanan negeri itu.

Perancis sendiri baru-baru ini telah mengusir beberapa imam dan ulama asing yang dianggap radikal dari wilayahnya dengan alasan militansi, dan bersikap anti-Semit, serta kebimbangan adanya ancaman terhadap negara dengan latar belakang serangan di Toulouse.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook