Thursday, March 1, 2012
PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR 23 MEI, PENGUMUMAN KEPUTUSAN 21 JUN
Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden mengumumkan pilihanraya presiden yang pertama bakal diadakan pada 23 dan 24 Mei selepas penggulingan Husni Mubarak dari tampuk pemerintahan tahun lalu. Keputusan pengundian akan diumumkan pada 21 Jun.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden, Farouk Sultan, memaklumkan bahawa ekspatriat Mesir di seluruh negara akan mula mengundi pada 11 Mei hingga 17 Mei.
Calon-calon pilihan raya boleh mendaftar untuk bertanding bermula dari 10 Mac hingga 8 April. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bermula 30 April, semua calon pilihan raya sudah boleh memulakan kempen-kempen mereka.
Bagi setiap kempen yang akan dijalankan, pihak suruhanjaya menetapkan LE 10 juta sebagai had perbelanjaan bagi setiap calon yang bertanding.
Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment