Wednesday, February 29, 2012

TARIKH MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA PRESIDEN BAKAL DIUMUMKAN

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden, Farouk Sultan, akan mengadakan satu sidang akhbar Rabu ini untuk mengumumkan tarikh mengundi bagi pilihan raya presiden.

Tarikh-tarikh yang bakal diumumkan termasuk tarikh mengundi dan tarikh pengumuman pemenang. Farouk Sultan memaklumkan bahawa rakyat Mesir yang tinggal di luar negeri hendaklah mengundi tepat pada masanya kerana penyertaan mereka bakal menentukan nasib negara.

Terdapat kira-kira 8 juta ekspatriat Mesir di seluruh negara dan mereka tidak dapat
mengundi untuk pilihan raya Parlimen baru-baru ini kerana jangka masa yang singkat.

Majlis Pemerintah Tentera Mesir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada
orang awam pada akhir Jun 2012. Calon-calon boleh mendaftar untuk bertanding jawatan Presiden antara10 Mac sehingga 8 April.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook