Wednesday, February 29, 2012

SYRIA - KEMATIAN TERKINI MELEBIHI 7500 ORANG

Amman - Pasukan tentera Syria telah membunuh lebih daripada 7500 orang awam sejak pemberontakan ke atas pemerintahan Presiden Badhar Al-Assad bermula. Hillary Clinton menyifatkan presiden tersebut sebagai seorang penjenayah perang.

Seorang aktivis Syria memaklumkan pasukan tentera berterusan menyerang kubu pertahanan pembangkang dan membunuh sekurang-kurangnya 25 orang awam.

Setiausaha Agung PBB bagi hal ehwal politik, Lynn Pascoe melaporkan terdapat laporan yang boleh dipercayai bahawa angka kematian kini sudah melebihi 100 orang sehari. Jumlah yang terbunuh setakat ini seramai 7500 orang.

Menurut laporan, kumpulan pengganas bersenjata telah membunuh lebih daripada 2000
anggota polis dan tentera.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook