Tuesday, February 28, 2012

Imam Besar Al-Azhar Kecam Keras Pembakaran Al-Quran di Afghanistan


Penguasa Sunni terkemuka Al-Azhar, Isnin lalu (27/2) mengecam keras tindakan pembakaran Al-Quran di sebuah pangkalan AS di Afghanistan dan menyebutnya sebagai tindakan teruk serta menyeru tentera AS untuk meninggalkan negara itu.

"Al-Azhar tidak menerima tindakan yang merosakkan Al-Quran atau kitab suci itu diserang dengan cara yang teruk," kata Imam Besar Al-Azhar Syeikh Ahmad al-Thayyib dalam satu kenyataan.

"Ini adalah pelanggaran terhadap garis merah yang tidak seorang muslim pun boleh menerimanya," tambahnya.

Syeikh al-Thayyib menggambarkan pembakaran Al-Quran di pangkalan udara AS di Bagram, Kabul sebagai pencerobohan terhadap nilai-nilai suci dari warisan manusia.

"Tentera yang menyerang di negara itu harus segera meninggalkan Afghanistan," tegasnya.

"Keberangkatan langsung tentera asing dari Afghanistan adalah satu-satunya penyelesaian untuk krisis ini, agar rakyat Afghanistan boleh memutuskan sendiri nasib mereka," tambahnya.

Tindakan protes diadakan di Afghanistan selepas insiden pembakaran Al-Quran oleh tentera AS.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook