Tuesday, March 6, 2012

MESIR - LETUPAN SALURAN PAIP GAS TERKAWAL


Anggota bomba Qalyubiya, utara Kaherah telah berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di saluran paip gas Mostorod-Alexandria, Isnin lalu.

Letupan tersebut berlaku apabila pencuri membuka injap paip gas untuk mencuri bahan bakar diesel, sebaliknya tindakan mereka telah membawa kepada satu letupan yang mencederakan dua orang mangsa.

Siasatan awal menunjukkan bahawa api marak sehingga 15 meter tinggi ke udara, merebak ke taman berdekatan, dan mengakibatkan kebakaran dua biji rumah.

Pengerusi Berkuasa Petroleum Am, Hani Dahy, memaklumkan bahawa pihak mereka telah memutuskan sambungan paip buat sementara dan memberi amaran kekurangan gas butana kerana paip gas yang meletup merupakan saluran bekalan utama gas.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook