Friday, March 9, 2012

MESIR - PENDUDUK MINYA MEMPROTES KEHILANGAN 4 WANITA


Berpuluh-puluh penduduk ibukota Minya telah berkumpul di hadapan balai polis Samallout untuk memprotes kehilangan 4 orang penduduk wanita daripada kampung mereka.

Dalam laporan polis yang difailkan, penduduk melaporkan wanita berusia 12 hingga 18 tahun telah hilang dari kampung Farouqiya pada 4 Mac lalu.

Laporan kes penculikan dan menuntut wang tebusan makin meningkat sejak tahun lalu selepas penggulingan bekas Presiden Hosni Mubarak. Kawalan keselamatan semakin lemah dan mengundang pelbagai bentuk jenayah dalam negara dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan penduduk.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook