Wednesday, March 14, 2012

MESIR - LIMA SYARIKAT PENERBANGAN DI LAPANGAN TERBANG KAHERAH MEMBATALKAN PENERBANGAN


Lima syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Kaherah telah membatalkan penerbangan syarikat mereka ekoran ketiadaan penumpang hari ini.

Menurut sumber, kadar tempahan tiket penerbangan berbeza dari semasa ke semasa. Memandangkan keadaan ketidakstabilan Mesir, kadar tempahan boleh menjadi tinggi atau rendah dalam satu-satu masa.

Menteri Penerbangan Awam, Hussien Massoud memaklumkan bahawa trafik udara di Mesir telah terjejas ekoran peristiwa berbahaya berturut-turut terhadap keselamatan negara sejak pemberontakan 25 Januari tahun lalu.
Ini menjadi sebab yang jelas atas penurunan bilangan penumpang penerbangan Mesir. Walau bagaimanapun, Massoud melahirkan harapan agar keadaan akan bertambah baik pada masa akan datang.

Hussien Massoud berkata perkembangan politik negara mempengaruhi keadaan trafik udara. Sesetengah negara telah mengeluarkan larangan perjalanan ke Mesir, seperti Jepun, yang merupakan negara yang mempunyai ramai penumpang ke Mesir.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook