Friday, March 16, 2012

Aktivis Syria: Semua Tahanan Wanita di Penjara Assad telah Diperkosa


Aktivis Syria Hadeel Bashaar Kuki yang keluar dari penjara baru-baru ini, menyatakan bahawa para tahanan di penjara-penjara Assad menghadapi tindakan penyiksaan dan perkosaan.

Kuki sendiri telah memberikan kesaksiannya di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva untuk tempoh penahanannya di penjara Aleppo, dan membantah tuntutan rejim Syria bahawa pertengkaran di Syria melibatkan Al-Qaeda, menekankan bahawa semua warga Syria - termasuk Kristian dan Alawi - mengalami amalan penyiksaan yang mengerikan yang dilakukan oleh pasukan Assad.

Dia menyatakan bahawa semua wanita yang ditangkap oleh pasukan Assad menghadapi tindakan penyiksaan dan perkosaan, namun kebanyakan dari mereka yang tidak berani mengumumkan secara terbuka apa yang telah mereka alami selama dipenahanan.

Dia mencatat bahawa teknik penyiksaan terhadap para tahanan berbeza-beza, ada yang disiksa dengan elektrik, atau dikenali sebagai "Carpet of the Wind", dan teknik penyiksanaan di mana pasukan keselamatan memukul kaki para tahanan sampai luka parah dan kemudian melemparkan mereka ke dalam sel yang diisi dengan air dan garam.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook