Pemimpin Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri mengatakan ia menyokong pemberontakan Syria dalam mesej video terbaru yang dikeluarkan dalam forum jihadis di Internet, lembaga SITE AS melaporkan hari Ahad (12/2).
Zawahiri menuduh rejim Syria melakukan kejahatan terhadap warga negaranya dalam video berjudul "Seterusnya, Singa-singa dari Syria."
"Jangan bergantung pada Barat atau Amerika Syarikat, atau pemerintah Arab dan Turki," katanya, menurut terjemahan SITE Intelligence Group. "(Mereka) mempunyai transaksi, saling mengerti dan berkongsi dengan rejim ini selama beberapa dekad."
"Bergantung hanya pada Allah sahaja dan lakukan pengorbanan dengan ketabahan," tambahnya.
Pemimpin Al-Qaeda ini mengecam rejim Bashar al-Assad, dan menyebutnya sebagai "anti-Islam" dan menyeru umat Islam untuk menyokong pemberontakan di Syria.
Rejim Assad telah melancarkan tindakan keras berdarah terhadap pemberontakan anti-rejim yang telah meragut nyawa lebih 6,000 orang sejak aksi protes meletus pada pertengahan Mac tahun lalu.
"Saya meyerukan bagi setiap muslim dan setiap orang di Turki, Iraq, Jordan dan Lebanon, untuk membantu saudara-saudaranya di Syria dengan semua yang dia boleh lakukan," kata Zawahiri dalam video selama lapan minit tersebut.
0 comments:
Post a Comment