Saturday, February 11, 2012

KERAJAAN NAIKKAN HARGA DIESEL


Kerajaan Mesir telah meluluskan kenaikan sebanyak 75 peratus harga diesel untuk mengurangkan subsidi petroleum di sektor perindustrian dalam menghadapi peningkatan harga global, kata sumber Kementerian Petroleum, Rabu lalu.

Menurut sumber tersebut, harga diesel akan meningkat sebanyak LE 1,750 setiap tan daripada harga semasa LE 1000.

Daripada sumber-sumber yang tidak mahu dikenali melaporkan kenaikan harga diesel domestik akan menyerupai harga pasaran global. Sumber-sumber menjelaskan bahawa keputusan itu bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan negeri ke atas produk petroleum bersubsidi yang dianggarkan berjumlah LE 95.5 bilion. Beberapa sumber mengesyaki harga yang sebenar melebihi LE 114 bilion.

Menurut sumber itu, kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga gas untuk industri tenaga intensif pada bulan November 2011. Akan tetapi, kerajaan menangguhkan pengumuman tersebut kerana bimbang dengan kenaikan harga bahan binaan.

Sementara itu,sumber-sumber dari Syarikat Induk Gas Asli Mesir (EGAS) berkata, syarikat itu masih lagi belum menerima pengumuman rasmi daripada kementerian atau kerajaan mengenai harga terbaru. Menurut syarikat tersebut, mereka menjangka keputusan tersebut akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dilakukan pada tahun 2008.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook