Saturday, February 11, 2012

TIGA WARGA KOREA DICULIK DI SINAI


Puak Badwi di Semenanjung Sinai telah menculik tiga orang wanita Korea dan penterjemah mereka. Kejadian penculikan ini merupakan kali yang ketiga menurut pihak keselamatan Jumaat lalu.

Pantai Laut Merah Selatan Sinai merupakan pusat pelancongan utama bagi Mesir. Walaubagaimanapun, keselamatan di kawasan padang pasir terpencil tersebut agak merosot sejak penggulingan Presiden Husni Mubarak Februari tahun lalu.

Puak Badwi bertindak sedemikian kerana mahu menuntut pembebasan ke atas ahli-ahli suku kaum mereka yang masih berada di penjara.

Lelaki bersenjata telah memintas bas pelancongan yang sedang bergerak ke Sharm el-Sheikh. 27 pelancong yang lain di dalam bas tersebut tidak diculik.

Awal bulan ini, dua orang wanita Amerika telah diculik dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas pihak berkuasa Mesir membuat rundingan.

Puak Badwi di Sinai telah menyerang balai polis dan menyekat laluan masuk ke bandar-bandar untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dan untuk menekan pihak berkuasa untuk melepaskan kaum kerabat mereka yang masih di penjara.

24 pekerja kilang simen warga Cina telah diculik bulan ini dan dibebaskan sehari kemudian.


Sumber diolah: Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook