Dua letupan mensasarkan kompleks keselamatan di bandar Syria utara Aleppo pada hari Jumaat (10/2) telah mengorbankan penduduk di sana menurut media kerajaan.
Seorang wartawan televisyen yang dikendalikan negara menunjukkan gambar grafik sekurang-kurangnya lima mayat, beliau mengatakan bahawa letupan terjadi berdekatan sebuah taman awam di mana anak-anak sedang bermain.
Tidak ada kenderaan kecemasan atau ambulans terlihat dalam rakaman tersebut.
"Penduduk awam dan anggota tentera tewas serta cedera oleh letupan pengganas yang mensasarkan Aleppo," lapor wartawan TV kerajaan. Ia menambah bahawa sasaran letupan adalah kompleks dari Direktorat Keselamatan Tentera.
Letupan adalah yang pertama berlaku di bandar Aleppo, yang kebiasaannya tenang sejak pemberontakan menentang rejim Assad meletus pada bulan Mac. Aleppo, yang dekat dengan sempadan Turki, adalah pusat kekuatan ekonomi Syria.
Wartawan TV negara mengatakan cuaca cerah dan hangat di Aleppo dan ramai orang sedang bersarapan pagi di taman awam berdekatan dengan kompleks ketenteraan ketika letupan berlaku
Sumber diolah : Eramuslim
0 comments:
Post a Comment