Wednesday, February 15, 2012

Dokumen Rahsia Bongkar peranan Iran di Syria



Tehran terus menerus memberikan sokongan terhadap rejim Bashar al-Assad, dengan menyediakan bantuan hingga satu bilion dolar kepada negara tersebut.Sumbangan bertujuan membantu kerajaan pimpinan Basyar Al-Assad mengatasi sekatan yang dikenakan kepada negara tersebut berhubung isu penindasan terhadap revolusi rakyat Syria.
Dokumen rahsia milik Kementerian Urusan Presiden Syria mendedahkan bahawa,Tehran telah memperuntukkan sejumlah satu bilion dolar untuk mengimport barang dalam usaha membantu rejim Presiden Syria mengatasi sekatan minyak dan perbankan yang dijatuhkan kepada pemerintahannya.

Menurut laporan media, dokumen itu menyatakan bahawa Iran telah menyediakan satu bilion dolar untuk mengimport barang-barang dari produk Syria.Selain itu, Iran juga akan mengeksport bahan dan peralatan serta bahan beku yang diperlukan oleh pasaran Syria.

Laporan media menjelaskan bahawa dokumen ini bocor setelah terjadinya "hack" terhadap e-mail Pejabat Assad baru-baru ini.

Dokumen rahsia yang telah ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Presiden Mansour Azzam, pada Disember tahun lalu, merangkumi perbincangan antara delegasi pegawai tinggi Iran dan Syria berkaitan begaimana mengatasi sekatan-sekatan negara Barat dan Arab terhadap Syria dengan mengkaji pengalaman dari Iran sendiri.

Dokumen itu menyatakan, adanya lawatan delegasi Iran ke Syria yang melibatkan 10 pegawai dari Pejabat Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan bank pusat Iran serta sejumlah ahli kementerian Iran. Para delegasi bertemu dengan Perdana Menteri Syria Adel Safar, Ga

benor Bank Pusat Syria dan menteri kewangan Syria. Disamping pengumuman adanya peruntukan satu bilion dolar untuk membeli produk Syria, dengan ganjaran Syria bersetuju Iran akan membekalkan baja dan bahan beku untuk pembuatan petrokimia yang diperlukan oleh negara Syria.

Delegasi Iran juga berjanji untuk membeli 150 ribu barel minyak mentah per hari dari Syria untuk satu tahun.

Kedua-dua negara juga membincangkan cara mengatasi sekatan yang dikenakan pada sektor penerbangan.Selain itu, kedua-dua belah pihak memutuskan untuk mendirikan sebuah bank bersama dan memindahkan wang melalui Rusia dan China.

Manakala, surat khabar Inggeris melaporkan bahawa Komander tentera Al-Quds Brigadier Jeneral Qassim Soleimani, telah melawat Damsyik untuk memberikan nasihat kepada rejim Syria dalam menekan revolusi di Syria.
Media juga melaporkan bahawa Tehran baru-baru ini menghantar 15 ribu tentera dari tentera elit Al-Quds dari Garda Revolusi Iran, dilengkapi dengan senjata lengkap.

Dalam perkembangan lain. Aktivis melaporkan, Pasukan pemerintah Syria kembali melanjutkan serangan mereka keatas kota Homs (Isnin) setelah Damsyik menolak rencana Liga Arab untuk mengirim pasukan penjaga keamanan ke negara yang dilanda rusuhan tersebut.
Ahad lalu, Liga Arab telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengeluarkan resolusi menyediakan pasukan penjaga keamanan PBB ke Syria selain menawarkan segala bentuk sokongan politik ataupun material terhadap kelompok pembangkang Syria.

Kota Homs yang diserang oleh tentera Assad dengan peluru, tembakan kereta kebal dan bom sejak 4 februari lalu sahaja telah mengorbankan hampir 500 penduduk.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook