Thursday, February 16, 2012

PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR AKAN DIADAKAN PADA BULAN MEI


Pilihan raya presiden buat pertama kalinya akan diadakan selewatnya bulan Mei selepas penggulingan Hosni Mubarak tahun lalu.

Pimpinan tentera yang mengambil alih tampuk pemerintahan sejak Februari tahun lalu telah digesa menyerahkan kuasa kepada orang awam lebih awal daripada waktu yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Jun.

Pengumuman telah dilakukan awal bulan ini bahawa pencalonan bagi pilihan raya akan mula diterima mulai 10 Mac. Ini menandakan bahawa perancangan penyerahan kuasa telah diawalkan.

Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Pembangunan Tempatan, Mohamed Attiya memaklumkan pilihan raya akan diadakan selewatnya pada bulan Mei. Calon diberi masa tiga minggu untuk mengisytiharkan pencalonan mereka dan 45 hari untuk berkempen. Kebanyakan calon sudah mula berkempen secara tidak rasmi.

Sumber diolah: Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook