Jordan telah menyatakan bahawa mereka telah mendirikan sebuah kem pelarian berdekatan sempadan utara dengan Syria sebagai persedian untuk kemungkinan besar berlakunya penghijrahan besar-besaran oleh rakyat Syria yang melaikan diri daripada keganasan yang berlaku dinegara mereka.
Sami Halaseh dari kementerian jawatan awam mengatakan kawasan kem seluas 323 persegi (300 meter persegi) yang terletak kira-kira 12 batu (20 kilometer) dari selatan sempadan, dijangka akan siap dalam masa dua minggu ke depan untuk para pelarian Syria.
Kem pelarian tersebut akan dipantau oleh polis penjaga setiap masa. Ini merupakan kem pertama yang dibuat untuk warga Syria di Jordan sejak pemberontakan menentang rejim Presiden Bashar Assad di mulai sebelas bulan yang lalu.
Pejabat bantuan Jordan menganggarkan lebih dari 10.000 pelarian Syria sudah tinggal di Jordan, kebanyakan mereka tinggal di pangsapuri peribadi. Namun mereka mengatakan jumlah tersebut akan meningkat apabila serangan yang berterusan di sesebuah kawasan di Syria.
0 comments:
Post a Comment