Wednesday, February 8, 2012

TIGA ROMPAKAN BERSENJATA DI KAHERAH


Rompakan ketiga telah berlaku di Kaherah dalam masa kurang daripada dua hari. Kes rompakan tersebut telah berlaku di sebuah pejabat pos dan penjenayah berjaya melarikan diri.

Pejabat pos di Mesir turut menyediakan perkhidmatan perbankan selain daripada perkhidmatan menghantar surat dan bungkusan.

Saksi-saksi memaklumkan, lima orang penjenayah memecah masuk pejabat pos dan mengancam kakitangan dengan senjata api. Mereka mencuri LE 150, 000 dan melarikan diri dalam sebuah kereta yang tidak mempunyai nombor plat.

Pengarah pejabat pos, Mahmoud Abbas, mengalami kecederaan di muka kesan daripada pecahan kaca pintu yang telah dipecahkan oleh kumpulan perompak tersebut.

Ahli Parlimen Mohamed Ibrahim berkata, kejadian rompakan tersebut berlaku berpunca dari kelemahan sistem keselamatan.

Isnin lalu, sebuah bank HSBC dan Swiss Armored juga telah dirompak di Kaherah.

Sejak Januari 2011, rakyat telah menuntut keselamatan yang lebih baik selepas ramai anggota polis menarik diri pada revolusi 25 Januari awal tahun lalu.

Sumber diolah : Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook