Friday, February 10, 2012

Mahasiswa Islam Mesir : Hentikan Lakonan Filem Yang Tidak Senonoh


Sekumpulan mahasiswa Islam memprotes siri rakaman filem yang menampilkan artis yang berpakaian tidak senonoh di lokasi penggambaran Universiti Ain Shams Kaherah. Menurut laporan daripada wakil syarikat produksi terbabit-Gaby Khoury pada hari khamis (9/2/2012), pihak syarikat telah memperoleh keizinan daripada pihak pengurusan universiti untuk menjalan siri rakaman filem di kampus tersebut.

"Tetapi semasa penggambaran bermula, pengarah fakuliti teknik , Sherif Hammad datang memaklumkan kepada kami bahawa beberapa mahasiswa dan guru menolak acara penggambaran tersebut kerana pakaian yang dikenakan oelh pelakon dianggap tidak senonoh." ujarnya.

Siri filem yang sedang dijalankan merupakan filem yang diadaptasikan dari novel "Dhat" karya penulis Mesir-Sonallah Ibrahim. Kandungan novel ini turut memuatkan keadaan Mesir era tahun 1970-an zaman kebanyakan wanita mengenakan pakaian pendek.

Hammad menegaskan bahawa pembikinan filem harus dihentikan dan pihak kampus menjelaskan bahawa mereka tidak mampu untuk menjamin perlindungan," tambah Khoury.

Dalam kenyataan pada hari Rabu yang lalu, syarikat produksi menyatakan bahawa mahasiswa dari Ikhawanul Muslimin di Universiti Ain Shams telah mencegah krew filem dari siri TV 'Dhat' untuk melakukan penggambaran di Universiti Ain Shams.

Para mahasiswa menolak pakaian yang dikenakan oleh para pelakon dan akan menghentikan protes tersebut sekiranya kostum yang dikenakan dalam penggambaran tersebut ditukar.

Sumber diolah : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook